Bacaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir arab dan latin beserta arti dan maknanya
Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:
ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LILLAH. ASSALAMU 'ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. ASSALAMU 'ALAINA WA'ALA 'IBADILLAHIS-SALIHIN. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA A-LI MUHAMMAD.
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD.
Makna / Terjemahan bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad.
Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Jawi:
Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Rumi:
ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU
LILLAH. ASSALAMU 'ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
ASSALAMU 'ALAINA WA'ALA 'IBADILLAHIS-SALIHIN. ASY-HADU ALLA ILAHA
ILLALLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. ALLAHUMMA SALLI 'ALA
MUHAMMAD WA 'ALA A-LI MUHAMMAD. KAMA SALLAITA 'ALA IBRAHIM WA 'ALA A-LI
IBRAHIM. WABARIK 'ALA MUHAMMAD WA'ALA A-LI MUHAMMAD. KAMA BARAKTA 'ALA
IBRAHIM WA 'ALA A-LI IBRAHIM. FIL 'A-LAMINA INNAKA HAMIDUMMAJID.
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah anugerahkan kesejahteraan atas ibrahim dan keluarga ibrahim. Dan berkatilah NABI MUHAMMAD dan keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah berkati ibrahim dan keluarga ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU maha terpuji lagi maha tinggi.
(sunat memandang jari telunjuk ketika lafas shahadah)
Makna / Terjemahan bacaan Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#) Sebagaimana Engkau selawatkan
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad
dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment